Pendakian 3 Bukit Dalam Sehari | NuluhonDotNet

Pages

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Monday, 9 April 2018

Pendakian 3 Bukit Dalam Sehari

Pendakian 3 Bukit Dalam Sehari (3H1D) Kg.Sunsuron Tambunan pada 07 April 2018

gambar di atas merupakan senarai pendaki yg sejumlah 100 lebih orang berasal dari sabah dan luar sabah. Ini merupakan program 3 hills in 1 day yg ke sepuluh sejak bermula pada oktober tahun 2016...
Pendakian kali ini merupakan come-back kepada  pendakian asal iaitu semua bukit terletak di kampung sunsuron seperti pada edisi pertama, Gunung wakid, Bukit Dampasak dan Bukit Kolindasan...
Peserta mendaftar

sesi taklimat dari penganjur En.James@obu

flag off
ini mungkin menjadi tradisi sebagai pemula perjalanan... aksi lompatan ini telah bermula sejak  edisi pertama program ini (Edisi pertama 3H1D)

menyusur jalan kolopis menuju ke gunung wakid iaitu gunung pertama untuk didaki

kelihatan peserta dan seorang peserta muda yg agak bersemangat mengikuti pendakian ini

antara pendaki yg sedang menunggu giliran untuk menyerberangi jambatan gantung kolopis... cuma 10 org di benarkan dalam satu masa

laluan ke kaki gunung wakid yg agak mencabar.. dgn batu yg longgar dan sungai yg sejuk 
mencari laluan untuk elak kasut basah :-)



ini adalah group yg awal mendaki... mereka sedang turun untuk ke bukit seterusnya..

antara malim gunung dan peserta group awal

para pendaki sedang menikmati pemandangan dari puncak 1 gunung wakid

para pendaki sedang turun melalui jalan curam... mereka semua dalam keadaan yg mantap


Perjalanan menuju ke bukit seterusnya.. air sejuk yg tenang dan sungai yg dalam amat menggoda para pendaki untuk berhenti mandi...tetapi ada 2 bukit lagi yg hendak di daki..


pendaki ini merupakan animal lovers.. sanggup dukung anjing yg turut serta mengikut  dalam pendakian 

menyusur sawah padi yg belum di tanam padi

aikkk yoku terjumpa lagi ni group yg laju..agaknya yoku ni laju juga kot :-)

yoku minta diorg pose sekejap .. wow gaya sporting pendaki

sempat bergaya sementara turun dari bukit yg kedua...

pose sebagai motivasi untuk ke bukit seterusnya...pisss

wow yoku terjumpa pendaki berbaju merah...agaknya mereka ni dari group yg di belakang tadi.. yg berbaju hitam tu malim yg pandu arah untuk ke bukit kedua..

ohh terjumpa lagi pendaki yg mantap...mmg yoku pun fit ni he he he 

ermmm ni pose bersemangat di dalam laluan ke bukit ke dua

sempat bergambar di tgh sawah padi

oh ok...yoku terjumpa lagi animal lovers yg mendukung anjing ni menyerbangi sungai...terbaik
ok ni perjalanan ke bukit seterusnya .... iaitu bukit ke tiga bagi melengkapkan 3 bukit dalam sehari

wahhh agaknya yoku mmg mantap la ni.. terjumpa lagi group yg bergerak laju ..

masih segar dan bertenaga posing dgn alam sekitar he he he

antara group yg sedah selesai menawan bukit ke 3

pose sambil makan  :-)

malim yg pandu arah kumpulan awal

sesi bergaya dgn nyaman di sertai dengan angin bayu yg sejuk ....

oh we made it... kumpulan akhir yg berjaya menawan 3 bukit dalam sehari



Gambar di atas menunjukkan bukit dan gunung yang anda telah tawan .. :-) yeahh bukan dongeng,bukan mimpi, sekiranya anda memiliki medal tersebut yg merupakan bukti yg anda sudah pernah berada di semua puncak (termasuk yg berwarna merah) tahniah 
Puncak 3 Wakid (1372meter dari paras laut), Nulu Dampasak(950meter dari paras laut)
Kolindasan Hill(1130meter dari paras laut)

Yoku Teruja




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 NuluhonDotNet. All Rights Reserved. Template by CB Blogger. Powered by Blogger.