3 Hills in 1 Day Siri ke-11 (3H1D ver.11) | NuluhonDotNet

Pages

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Sunday, 1 July 2018

3 Hills in 1 Day Siri ke-11 (3H1D ver.11)

Pendakian 3 Bukit Dalam Sehari Siri ke 11

Peserta begambar sebelum memulakan pendakian...gambar latar yg berkabus adalah bukit pertama yg akan ditawan.

Seramai 82 orang dari pelbagai daerah di Sabah telah menyertai program Pendakian 3 bukit dalam 1 hari yang di anjurkan di oleh Pengendali Pelancong C.O.R.E berpusat di Daerah Tambunan pada 30 Jun 2018. Program yang bermula pada seawal jam 8 pagi dengan menawan puncak Bukit kolindasan yang terletak di Kampung Sunsuron pada ketinggian 1130m dari aras laut sejauh 7.2 km(return) dari starting point melalui jalan denai hutan serta kebun getah dengan bentuk muka bumi yang agak mencabar disebabkan kecuraman laluan dan keadaan laluan yang licin akibat dari hujan semalaman. Para peserta bergerak dengan kenderaan masing-masing ke lokasi ke dua iaitu Bukit Dandab atau dikenali sebagai Sinurambi Tambunan Viewing Point pada ketinggian 877 meter dari paras laut dan 2.7km dari starting point. Keadaan cuaca pada tengahari yang panas menambah lagi cabaran bagi para peserta program ini.Bukit ketiga terletak di Kampung Tikolod iaitu Bukit Sandarun memerlukan perkhidmatan kenderaan pacuan 4 roda yang disediakan oleh penduduk kampung untuk para pendaki yang ingin menawan puncak tersebut... Program tersebut berakhir pada jam 5 petang iaitu kesemua peserta berjaya
 menawan 3 bukit dalam 1 hari dan dianugerahkan sijil penyertaan serta medal.

Yg sedang berucap tu nama dia si James Martin atau lebih dikenali sebagai Obu,sedang bagi Do's and Don'ts kepada para peserta.

yg baju merah tu coach Roger merupakan peserta 3h1d dari siri pertama sehingga sekarang,sedang memberikan latihan pemanasan kepada para peserta

antara warming up yg bikin yoku teruja

petugas pendaftaran membuat checklist akhir sebelum peserta bertolak
peserta memulakan perjalanan ke bukit pertama

berhenti sekejap untuk checklist para peserta

menyusur denai hutan

melalui kebun penduduk kampung

kawasan agak basah akibat hujan semalaman

terjumpa kumpulan pertama ya baru selesai menawan puncak bukit kolindasan

wow yoku teruja nampak ni team laju..masih bersemangat di awal pagi

belakang tu adalah puncak bukit kolindasan pada 1130 meter dari paras laut

kumpulan akhir yang sedang mendaki ke puncak sambil menikmati pemandangan

pose sekejap sambil menikmati pemandangan
yoku agak teruja nampak pendaki pakai jaket naik kolindasan :-)

antar kumpulan akhir 

guide wanita(tu na yg headband warna merah)
 sedang memandu arah para pendaki

ermmm yoku tiada koleksi gambar pendakian pada bukit kedua Bukit Dandab sebab yoku sedang pantau parking para peserta masa tu(keadaan lalulintas agak sibuk pada masa tersebut)

bah  kami urg sampai suda di kampung tikolod tambunan...lebik kurang 24 kilometer dari kampung sunsuron... si Obu sedang bagi penerangan ttg perjalanan ke bukit sandarun

wow.. ni salah satu guide berasa teruja 

wahhh kami urg naik kenderaan pacuan 4 roda atau urg selalu cakap 'Hai-Lak' atau Double-Cab

steady kita urg walau pun yoku berasa gayat sedikit

teruja nampak kawasan hutan

wahh kami urg sampai suda di starting point

para peserta  sedang di bagi penerangan oleh guide Bukit sandarun

bah ready steady kita urg

perjalanan melalui denai hutan.. laluan agak kering

wahhh jumpa lagi diurg..sempat mempose


masih bersemangat untuk pose

cuaca agak panas,kurang pokok untuk tempat berteduh

steady ko.....


sempat juga diurg mempose hihihi

wow palan palan kita urg bergerak

ermmmm pose senyum dalam cuaca panas









wahh sampai puncak :-)




para pengendali transport 4x4 sedang menunggu untuk membawa balik pendaki ke balai raya

wow... makan...  late lunch or maybe dinner hihihi disediakan oleh penganjur 

wow...






medal 3 hill in 1 day siri ke 11

peta ni dari uncle-google menunjukkan secara kasar kedudukan bukit bukit yg di tawan :-)





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 NuluhonDotNet. All Rights Reserved. Template by CB Blogger. Powered by Blogger.